Bagaimana hendak mendapatkan pasangan yang sekufu dan ideal?
Sebenarnya tiada jaminan yang sempurna, 100%, untuk perkara tersebut. Kerana sehebat mana pun perkenalan kita dengan seseorang, kita memang takkan mampu mengetahui 100% berkait dirinya.
Begitulah dalam memilih pasangan.
Ada yang berpendapat, couple/berpasangan sebelum nikah, dapat menyelesaikan masalah ini. Sebenarnya tidak. Kalau sudah berkahwin pun, sebenarnya proses saling kenal mengenal itu akan terus berlaku, kerana kita bukan Tuhan Yang Maha Tahu.
Islam mendidik kita untuk membina rumahtangga atas jalan yang syar'ie. Justeru couple/berpasangan sebelum nikah adalah dilarang.
Sebelum nikah, jalan yang ada ialah proses taaruf ringkas sebelum berkahwin. Itulah ruang usaha yang ada buat kita untuk mengenali bakal pasangan dengan lebih dekat. Bila sudah bertunang, mudahlah ibu bapa nak saling berziarah, kita pun lebib selesa nak bertaaruf dengan bakal mertua, sekaligus lebih mengenali bakal pasangan.
Sebab itu indahnya Islam, pertunangan tidak ada limit masa. Namun hendak mengelak fitnah, sebaiknya disegerakan perkahwinan.
Memang itu pun takkan 100% memberi jaminan apakah bakal pasangan kita itulah yang 100% 'match' dengan kita.
Di sinilah letaknya kepentingan tawakkal kepada Allah dan persiapan kematangan diri untuk berumahtangga.
Kita perlu menghadapi kelemahan-kelemahan pasangan kita, perbezaan pendapat dengannya, dan melatih pula lapang dada serta tolak ansur untuk berhadapan dengannya. Dan kemungkinan juga kitalah nanti yang 'something wrong', justeru kena persiapkan diri untuk boleh menerima teguran daripada pasangan dan sebagainya.
Memang kalau mengharapkan sempurna, kita takkan memperolehinya. Tetapi insyaAllah, orang yang berusaha, Allah akan mempersiapkan untukNya rahmat dan pertolongan, kemudahan dan kelapangan.
Sebab itu penting menjaga hubungan dengan Allah, istikharah, dan kemudian buat apa yang termampu sebagai manusia seperti istisyarah(berbincang) dengan keluarga, kenalan, serta taaruf serba sedikit apa yang boleh, mempersiapkan diri dengan kematangan, lapang dada, sikap bertoleransi.
InsyaAllah selepas itu, kita mampu mengharungi kehidupan berumahtangga bersama pasangan kita dengan baik.
Apatah lagi kalau pasangan kita pun punya fikiran yang sama seperti ini. InsyaAllah.
Sebab itu bagus masa bertunang, hadiahnya adalah buku, atau tiket ke seminar baitul muslim, atau apa-apa sahaja yang boleh membina kematangan, pendalaman ilmu untuk membentuk kesatuan minda dan hati antara kita dan pasangan.
Teddy Bear dan bunga banyak kali boleh tambah gedik je.
copy paste : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=807875759236870&id=245964752094643&fref=nf

No comments:
Post a Comment