Saturday, 7 April 2012

bismillah


Bismillah.

Ya Allah,
Hadirkan la sesorang dalam hidupku, yang mampu membimbing diriku ke arahMu, yang menyejukkan hati kedua ibu bapaku, yang direstui oleh mereka, yang dapat membahagiakan aku, yang dapat menggembirakan hati kedua orang tua ku, yang dapat bersama aku ketika susah dan senang.
Hadirkan la seseorang yang dapat mententeramkan hati ini di kala kesedihan, pengubat rindu padaMu Ya Allah.

Ya Allah,
aku telah suka kepada seseorang. Jika dia bukan untukku, jauhkan la hatinya dan hatiku. Hilangkan pandangan aku kepadanya. Jangan biarkan rasa suka ini dari terus berkembang sekiranya dia tidak berhak memiliki rasa itu ya Allah.

Dikala hati ini merindu kepada seseorang bernama suami, kau tambahkan la rasa sayang kepadanya   ya allah, tidak melebihi rasa sayang kepadaMu.  amiinn.

Awak bakal suami saya,

biar saya tidak tahu siapa awak, saya telah simpankan rasa sayang saya khas untuk awak. takkan saya kongsikan rasa itu dengan sesiapa pun, insyaallah.  Saya tau jalan untuk awak menemui saya tidak mudah,  penuh dengan liku-liku. Ya allah, permudahkan la jalan bakal suamiku ini menemui jalannya ke arahku. Amiiin. 

Awak, 
walaupun lama masa yang awak ambil untuk menemui wali saya, saya tetap tunggu awak. Selama-lamanya. janji. Insyaallah.  Sekiranya kita tiada jodoh untuk bertemu di dunia, insyaallah kita akan bertemu di sana. Saya mahu menjadi bidadari untuk awak di sana kelak. Doakan agar Allah tetapkan hati kita. Jangan awak terjauh dari saya tau? Saya takut saya tak mampu dan memberi  rasa sayang Dan cinta saya kepada orang yang tidak berkak mendapatkannya.

Ya Allah, kau berkati la kami semua. Luaskan la rahmatMu kepada kami semua. Amiin.

setakat ini dulu ye awak. salam sayang saya buat awak dan keluarga.

No comments: